Rabu, 27 Februari 2013

Seni Silat Harimau Bentara Garang adalah seni silat melayu asli yang telah wujud lebih dari satu abad. Ia mula diperkenalkan oleh Datuk Endut Bin Muhamad Saman dengan gelaran "Datuk Panglima Bentara Garang" dari negeri Perak di sebuah gelanggang besar di Pulau Nibong bersama 44 orang murid dan dari kalangan 44 orang muridnya terzahirlah guru utama yang bernama Jaafar b Mad Isa iaitu Tuan Guru Utama. Beliau mewarisi persilatan ini dan bertangungjawab mengembangkannya selepas tamat belajar semasa berumur 14 tahun hinggalah sekarang.

Silat ini adalah silat warisan yang mempunyai salasilah daripada Kiyai Haji Muhammad Rais berturutan hinggalah kepada TGU.Sejarah Silat Harimau yang panjang bermula daripada tiga generasi dan kini dikenali sebagai Seni Silat Harimau Bentara Garang.

Ilmu bersilat dalam Silat Harimau ini merangkumi pelbagai bunga, buah, tapak, permainan, lebih 25 jenis senjata, ilmu siasat perang dan amalan gerak geri panglima dan pahlawan yang tidak banyak diketahui umum.

Seni Silat ini memiliki ramai anak murid daripada tiga generasi antaranya Tok Su di Baling Kedah, Pak Kahar Selangor, Murid2 lama di Sg Petani, Abg Zahid, Bat, Ust Shah (Mesir), Bang Pin, Amzari Abg Arshad (England) dan ramai lagi disegenap ceruk rantau hinggalah ke England, Mesir dan terbaru di Yaman.

Tiada ulasan:

Catat Komen